Tuesday, November 17, 2020

Blogku yang lama menyepi.......

 Assalamualaikum... tanpa ku sedar lama betul tak update apa-apa perkongsian. Mungkin hanya sekadar perkongsian minat yang sama. berkongsi ilmu..

Sekarang ini orang dah tak guna blog2 ni... orang update kat instagram... kat twitter.. kat facebook (ni orang macam saya masih lagi la gunakan facebook). tapi sebagaimana saya mencari bahan rujukan melalui mr. google, kadang perlukan juga maklumat dr blog2 yang tersedia. Terima kasih kepada blogger2 yang aktif yang sentiasa memberikan ilmu dan pengalaman untuk dijadikan contoh dan panduan utk orang seperti saya ni...

hmm... jomlah share dulu minat baru saya... saya suka pula dengan kraftangan seperti buat handbeg, purse, patchwork... sesuatu yang boleh membuatkan saya rasa tenang.. (orang kata mengaji , solat tu tenang... memanglah... yang itu sangat betul.. ketenangan hanya bila kita dekat dengan Allah). ni kerja2 dan aktiviti yang buatkan kita rasa happy, tak stress bila buat. Sebab kita MINAT. betul tak?


ok... share dulu lah, sikit2 hasil hobi kita ni....


MY  GREEN CORAL BROOCH


brooch berkonsepkan coral.. saya gunakan kaedah cabochon dan raflles sahaja... tambah sikit penggunaan labuci daun buat jadi ala2 plankton gitu.....