Tuesday, June 25, 2013

Jom buat kristal raffles..

Assalamualaikum semua... terima kasih sudi menjenguk blog akak.. Mungkin ada yang boleh dikongsikan bersama. Macam akak pun.. selalu juga melihat-lihat blog orang lain untuk belajar. Jadi akak harap mungkin entry kali ni boleh bantu sesiapa yang nak baru nak mencuba.. Jom kita belajar buat bunga kristal raffles ni.



Nak buat kristal raffles ni akak guna kristal bulat dan manik bulat. Ok.. mula-mula jahit kristal dulu..

jahit kristal tu dulu .. then jahit manik di sekeliling kristal dengan jahitan tali air ( kalau yang tak tahu jahit tali air tu apa. . ambil 3 biji manik tusuk ke fabrik dan keluarkan jarum di manik kedua dan susup keluar manik ke 3.. then tambah pula 3 manik dan ulang lagi cara tadi)

lepas dah habis jahit keliling... ambil 3 manik dan masukkan ke dalam 2 manik. macam dalam pic di atas.


kemudian ambil lagi 3 manik dan lakukan macam langkah sebelumnya .. buat hingga keliling ya. 

Lepas tu buat lapisan kedua pula... susupkan jarum keluar ke manik yang tengah... masukkan 5 manik dan susup ke manik tengah yang di sebelahnya tu... 

ok.. ni lapisan terakhir.. sama macam langkah tadi juga... susup di manik yang tengah dan masukkan 5 manik. Susup ke manik tengah sebelahnya..
Haa... macam tu le nak buat. senang je kan? Oh ya. macam mana nak matikan benang? boleh susup ke manik-manik tu.... matikan antara manik tu pun boleh atau susupkan melalui manik2 hingga ke fabrik. Kalau akak.. akak akan lalukan ke manik-manik lain dan simpulkan.. then susup lagi sampai ke fabrik dan matikan lagi. Basuh guna mesin basuh pun Insya Allah tak putus.


haa... siap!!!

Ok... Selamat mencuba....


Monday, June 10, 2013

Simple 3d utk Pn. Nor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..... harap you all sihat je ek... huh... macam surat dulu-dulu je kan?  Ok dik, hari ni akak baik hati. Terlebih rajin update banyak-banyak . Almaklumlah tengah bersemangat nak buat blog kan.

Ni lagi satu baju boss akak... warna violet pink, bila pandang je baju ni dan pindah pandang ke tempat lain mata jadi gelap. Bos minta buat bunga dan katanya tak mahu berat-berat atau tak sarat. Malas pula nak guna labuci2... so akak buatkan simple 3d untuknya.. nah layan je...

simple je 3d nya... tapi nampak sweet kan? perasan je akak ni...

bunga tengah tu akak tambahkan dengan daun kudup....


ha.. inilah hasilnya .. simple dan tak sarat kan?

Sunday, June 9, 2013

Kristal Raffles

Assalamualaikum.. akak tak tahu nak bagi nama apa.. Hmm kristal raffles la ek sebab kristal dikelilingi oleh raffle.. Bunga yang warna pink putih tu di tengahnya kristal kenudian dijahitkan raffle di sekelilingnya.. Bunga yang oren purple tu pula macam bunga dahlia biasa tapi keliling kristal dijahit manik tiga serangkai...




Jentayu

Jentayu....  ni baju polos warna coklat cair kepunyaan bos akak....






Wednesday, June 5, 2013

3d.....

Assalamualaikum

hari ni akak nak share 3d. tengok betul2...layan je la 3d ni ek... guna teknik peyote pearl 3mm... nak buat kelopak tu ... guna formula 2,3,4,5,4,3,2,1...... tak faham? boleh rujuk buku Rosita Jaafar.. Manik 3d.. akak tengok kat buku tu je. Insya Allah boleh buat. Cuba la ye.... Ingat usaha tangga kejayaan.. akak pun nak belajar semua ni kena banyak latihan... (anak murid kat sekolah pun nak bagi pandai kita beri banyak latihan..so akak pun sama la juga kan?) kadang akak belajar melalui gambar.. dan memang akak banyak belajar melalui gambar.... yang penting fokus dan berfikir...  okay dik.. Selamat mencuba.....





Bunga Daffodil......

Assalamualaikum semua.. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.
 Kali ni akak nak share ala-ala shimmering flora + 3d....


Bunga dafodil dengan taburan pearl pada baju batik pemberian kakak... Terima kasih kak teh. Lain kali kalau ada kain sutera yang lama terperap tu bagi lagi ek.. sebagai gantinya akak jahitkan manik kat baju dia.. free aje...

Daunnya akan guna 3d... nak bagi nampak hidup.














ni masa lom siap.. mula nak tabur sikit-sikit je pearl.. pas tu tengok banyak lebih2 pearl,, akak tabur la lagi... saja nak bagi nampak sarat sikit.    Sebenarnya nak clearkan  stok  pearl tu.. Sorry la gambar tak clear... guna handphone je. 














yang ni pulak corak simple je.. kalau nak tempah dlm anggaran RM 40 ~ 60 je..
Corak cam gini senang nak buat tapi nak mula je susah sebab pening nak pilih colour yang sesuai...
apa pun... layan je la ek...  tengok tu yang sebelah lagi lom siap hahaha..