Terima kasih banyak-banyak pada Zah.. sebab bayar lebih kat akak.. Katanya tak pe kak saya bagi extra sebab terharu dengan hasil akak. Zah bg akak terima je.. Alhamdulillah.. (dalam hati.. terima kasih sebab tau menilai hasil kerja orang... akak ni memang tak letak upah yang tinggi sebab saja seronok2 tolong manikkan baju orang).
Dan paling suka bila tengok bila Zah berpuashati.. happy bila kita buat orang lain rasa teruja dengan apa yang kita buat. Baju batik Zah yang dua lagi tu lepas raya la ye..
bahagian bawah baju disulam dengan bunga dahlia dan jelujur 3 manik. Manakala hujung lengan dijahit simple sahaja .. |
No comments:
Post a Comment