Tuesday, May 20, 2014

SELAMAT HARI GURU... Pn. Lia

Assalamualaikum..

Masih belum terlewat rasanya untuk akak ucapkan SELAMAT HARI GURU.. buat semua terutama customer akak Pn. Lia  yang merupakan seorang guru dan .... akak sendiri. Sesungguhnya akak sangat berbangga menjadi seorang guru. Betul tak Pn. Lia?

Kali ni akak nak share 3d lagi... asyik2 3d.. Akak suka buat 3D. nampak kesukarannya dan kepenatannya nak siapkan design 3d.. Dan nampak kerajinan serta kesabaran akak sendiri.. haha puji diri. Kan akak dah kata.. kerja memanik salah satu terapi untuk kita kita rehatkan minda...

Jom kita tengok hasilnya.. Kata Pn. Lia ni untuk hari guru...

bunga apa.. akak pun tak tau.. 

Bahagian bawah baju..

hujung lengan..
lengan dan bawah baju..

Nasib baik kain cotton.. senang sikit nak menjahitnya..

Monday, May 19, 2014

Baju Sutera Laily

Assalamualaikum..

Seperti biasa doa akak untuk yang sedang membaca blog akak ni.. moga sihat selalu, diberikan lindungan dan rahmat Allah selalu. Macam yang customer akak ni.. Pn. Laily dari Slim River. senang hati akak sebab dia sentiasa doakan akak sihat.. Moga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki yang berlipat ganda buat Laily. Sebenarnya ini tempahan pertama dari Pn. Laily.. Alhamdulillah dengan berkat doanya juga agar akak sentiasa sihat maka siaplah akak memanikkan bajunya.

Kaf lengan yang agak lebar menarik minat akak.. akak tak de baju lengan gitu.. bila tempah baju.. baju kurung je..dengan lengan biasa. tengok baju Pn. Laily ni baju kurung Pahang tapi lengan kaf dilebarkan dlm 1/4 dari panjang lengan. Bolehlah buat untuk baju raya tahun ni.. Meh kita tengok.


ni la bhgn kaf lengan.. ada teknik pintal, 3d, jelujur, manik tabur, sisik ikan
bahan pun macam2... ada 23 jenis bahan pelbagai pearl, labuci , manik, kristal.. ..

Bahagian bawah baju pula.. akak buatkan shimmering flora.... suka hati akak je kan?

Pn. Laily nakkan bunga daffodil ni... tu yang akak buat bunga daffodil.. 

Hujung lengan dan bawah baju..

Friday, May 9, 2014

Simple crumble Jubahku..

Assalamualaikum..

Simple crumble... sempat lagi tu akak jahit kat jubah akak masa ada meeting kat luar bulan lepas... nak pergi kul 12.00 tghari gitu.. jam 10 pg akak pun dok belek.. hmmm. Jahitlah kejap. Kalau tk siap boleh bawa ke hotel sambung jahit time rehat meeting tu..

Sampai kt hotel.. tengok jadual meeting start sesi malam.. sbb ramai lg yg jauh2 belum sampai... so akak pun apa lg siapkan lah..

Bhgn kaf lengan dgn pinggang baju... ptg dah siap.. ni yg akak suka buat crumble.. cepat siap.