Monday, May 19, 2014

Baju Sutera Laily

Assalamualaikum..

Seperti biasa doa akak untuk yang sedang membaca blog akak ni.. moga sihat selalu, diberikan lindungan dan rahmat Allah selalu. Macam yang customer akak ni.. Pn. Laily dari Slim River. senang hati akak sebab dia sentiasa doakan akak sihat.. Moga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki yang berlipat ganda buat Laily. Sebenarnya ini tempahan pertama dari Pn. Laily.. Alhamdulillah dengan berkat doanya juga agar akak sentiasa sihat maka siaplah akak memanikkan bajunya.

Kaf lengan yang agak lebar menarik minat akak.. akak tak de baju lengan gitu.. bila tempah baju.. baju kurung je..dengan lengan biasa. tengok baju Pn. Laily ni baju kurung Pahang tapi lengan kaf dilebarkan dlm 1/4 dari panjang lengan. Bolehlah buat untuk baju raya tahun ni.. Meh kita tengok.


ni la bhgn kaf lengan.. ada teknik pintal, 3d, jelujur, manik tabur, sisik ikan
bahan pun macam2... ada 23 jenis bahan pelbagai pearl, labuci , manik, kristal.. ..

Bahagian bawah baju pula.. akak buatkan shimmering flora.... suka hati akak je kan?

Pn. Laily nakkan bunga daffodil ni... tu yang akak buat bunga daffodil.. 

Hujung lengan dan bawah baju..

No comments:

Post a Comment