Tuesday, December 24, 2013

Cara nak tampal batu hotfix

Nak tahu cara guna hotfix?
just guna kristal dan taburan hotfix....

Macamana nak tampal hotfix?... ada orang iron... Kalau akak, jika just guna hotfix je memang akak ironlah.. iron baju dulu bg panas.. then susun hotfix tu.. then alas kat atas batu hotfix tu dgn kain nipis (akak guna tudung bawal sbb jarang dan senang nampak batu tu..) ironlah bg lekat. Asal lekat je dulu. Nanti akak terbalikkan kain. Iron dr belakang kain hingga nampak kesan batu tu melekat.. haa.. baru lah susah batu tu nak tanggal.. masuk mesin basuh pun takdelah cepat tanggal.. 

kalau sebiji- sebiji macam gambar kat atas tu.. susah nak iron sbb ada kristal.. ada bunga kadang2.. so akak panaskan kat lilin.. Kita guna apa yg kita adalah. Takkan nak beli alat pelekat hotfix tu pula.. Sepitkan batu hotfix tu guna pin set (penyepit).. tak la terbakar tangan.. Panaskan batu tu sekejap. Halakan gamnya ke arah api lilin. Jangan lama sangat nanti hitam pula. Dalam beberapa saat je.. kemudian susun batu ikut suka kat mana nak letak.. Ni tak iron pun tak pe.. kalau rasa tak yakin sama ada lekat kuat atau tidak .. iron lagi sebelah belakang kain .. bagi nampak batu tu lekat. Ok. Selamat mencuba.

Monday, December 23, 2013

3D lagi..

Highlight di  bahagian hadapan baju.. hujung lengan bunga 3D..




Simple Jentayu + Kristal

Baju Kak Fizah...

guna teknik jentayu.. tapi sikit je.. buat penyambung antara bunga2 kristal tu.. senang sangat design ni.. cepat dan mudah untuk disiapkan..

kembang setaman

Assalamualaikum... lamanya tak update.. Akak pun tak sihat.. tangan asyik kebas. Sekuntum bunga pun ambil masa lebih 10 minit... tapi sebab dah rindu sangat dgn jahitan ni.. buat juga pelan2...


Ni baju cikgu fildza.. nk bunga mcm ni.. kembang setaman katanya.. tp tk delah penuh taman.. tk larat jari ni.. jahitan yg simple je.. bunga dahlia.. bunga lili.. daun dan jelujur satu manik.. 



Design ni harga dlm RM70 ke RM90 utk baju dan lengan.. 

Tuesday, September 17, 2013

Simple tak semestinya tak menarik...

hehe... ni la first crumble ciptaanku. Lama dah buat ni. Dah buruk pun bajunya.... Design simple sangat sebab nak pakai cepat. Walaupun simple tapi akak suka sangat sebab mengerlip2 bila pakai. Kawan2 pun puji cantik.. (ye ke?  ye la tu bila ramai yg tegur. Perasan je akak ni. Biarlah nak perasan pun. akak yang buat.. baju akak pula tu.)  Haa adik2, kadang-kadang tak nampak cantik dalam gambar tapi nampak cantik bila dipakai. jadi jangan risau sangat bila nak jahit manik ni... buat je.. Insya Allah akan nampak cantik. Dan yang penting... kita tengok.. kita puas hati. kalau tak puashati... buka balik.. buat lain pula ye...



yang ni pun simple... boleh siap dalam sehari.. (untuk orang yang bekerja macam akak ni..)

Friday, September 6, 2013

baju kak fizah

Bahagian depan baju dah penuh mengerlip dgn batu2... kak fizah nak tambah kt hujung lengan je.

Nah..  inilah hasilnya. Tak adanya nak edit2 pic.




Thursday, September 5, 2013

yang simple je..

Assalamualaikum...
 ni koleksi raya yang simple. Customer bagi tempoh 3 hari je. Mana taknya lepas tu kan dah mula cuti raya. Dia minta buat yang simple je janji ada. Akak rasa berat hati juga sebenarnya. Tapi dipujuknya buatlah yang simple2 je. Akak pun ye je lah. Masa yang ada nak buat malam2 je lepas balik terawih. Lagi pun ada lagi baju yang lain dah menunggu untuk dijahit.
So akak mampu buat yg gini je la..





Saturday, August 3, 2013

baju si bongsuku

Ni la customer akak yang paling cerewet... hari-hari tanya bila baju nak siap... siap bagi spesifikasi... nak crumble la.. nak ada buah ceri ke strawberry ke... ingat nak buat yang senang je.. malas betul nak berjuntai2 ni.. tapi sebab wawa.. buat juga la. Tapi bukan crumble ye dik..

 Lepas subuh tadi akak pun beleklah baju nak dimanikkan.. idea datanglah cepat.. nak pergi shopping pulak tengahari nanti..
Alhamdulillah.. ni la hasil segera.. nak bg surprise kat wawa bila dia bangun semula.( biasalah.. lepas subuh bebudak mula cari bantal)..




Wawa... dah siap pun baju wawa.
mama sayang adik..

koleksi raya lagi..

Baju raya Cikgu Azizah

Terima kasih banyak-banyak pada Zah..  sebab bayar lebih kat akak.. Katanya tak pe kak saya bagi extra sebab terharu dengan hasil akak. Zah bg akak terima je.. Alhamdulillah.. (dalam hati.. terima kasih sebab tau menilai hasil kerja orang... akak ni memang tak letak upah yang tinggi sebab saja seronok2 tolong manikkan baju orang).

Dan paling suka bila tengok bila Zah berpuashati.. happy bila kita buat orang lain rasa teruja dengan apa yang kita buat. Baju batik Zah yang dua lagi tu lepas raya la ye..

bahagian bawah baju disulam dengan bunga dahlia dan jelujur 3 manik.  Manakala hujung lengan dijahit simple sahaja .. 



Thursday, July 18, 2013

3d buat Pn. Masliza

Assalamualaikum semua..


Entry lepas akak ada tunjuk cara buat kristal ruffles... ni la hasilnya.. Alhamdulillah Pn. Mas suka sangat. yelah harganya taklah mahal pun..

ada 4 kuntum ruffles satu lengan..
sulaman di bahagian hujung lengan dan bawah baju.



Salam Ramadhan..

Salam Ramadhan buat semua..

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nafas untuk menikmati Ramadhan lagi. Semoga Allah akan mengurniakan segala ganjaran dan keberkatan buat kita semua.

Bulan puasa ni tak banyak masa nak memanik... yelah.. bila balik solat terawih dah lewat. Kena siapkan apa-apa yang patut untuk hari esok. Tidur lewat nanti ada yang tak sempat sahur pulak. Kesian kat anak-anak yang hanya tau bangun bila kita yang kejutkan. Tak bersahur pula. So aktiviti memanik ni kena la dikurangkan.

Sebahagian yang sempat dilayan bulan puasa ni...

di bahagian hujung lengan



Tuesday, June 25, 2013

Jom buat kristal raffles..

Assalamualaikum semua... terima kasih sudi menjenguk blog akak.. Mungkin ada yang boleh dikongsikan bersama. Macam akak pun.. selalu juga melihat-lihat blog orang lain untuk belajar. Jadi akak harap mungkin entry kali ni boleh bantu sesiapa yang nak baru nak mencuba.. Jom kita belajar buat bunga kristal raffles ni.



Nak buat kristal raffles ni akak guna kristal bulat dan manik bulat. Ok.. mula-mula jahit kristal dulu..

jahit kristal tu dulu .. then jahit manik di sekeliling kristal dengan jahitan tali air ( kalau yang tak tahu jahit tali air tu apa. . ambil 3 biji manik tusuk ke fabrik dan keluarkan jarum di manik kedua dan susup keluar manik ke 3.. then tambah pula 3 manik dan ulang lagi cara tadi)

lepas dah habis jahit keliling... ambil 3 manik dan masukkan ke dalam 2 manik. macam dalam pic di atas.


kemudian ambil lagi 3 manik dan lakukan macam langkah sebelumnya .. buat hingga keliling ya. 

Lepas tu buat lapisan kedua pula... susupkan jarum keluar ke manik yang tengah... masukkan 5 manik dan susup ke manik tengah yang di sebelahnya tu... 

ok.. ni lapisan terakhir.. sama macam langkah tadi juga... susup di manik yang tengah dan masukkan 5 manik. Susup ke manik tengah sebelahnya..
Haa... macam tu le nak buat. senang je kan? Oh ya. macam mana nak matikan benang? boleh susup ke manik-manik tu.... matikan antara manik tu pun boleh atau susupkan melalui manik2 hingga ke fabrik. Kalau akak.. akak akan lalukan ke manik-manik lain dan simpulkan.. then susup lagi sampai ke fabrik dan matikan lagi. Basuh guna mesin basuh pun Insya Allah tak putus.


haa... siap!!!

Ok... Selamat mencuba....


Monday, June 10, 2013

Simple 3d utk Pn. Nor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..... harap you all sihat je ek... huh... macam surat dulu-dulu je kan?  Ok dik, hari ni akak baik hati. Terlebih rajin update banyak-banyak . Almaklumlah tengah bersemangat nak buat blog kan.

Ni lagi satu baju boss akak... warna violet pink, bila pandang je baju ni dan pindah pandang ke tempat lain mata jadi gelap. Bos minta buat bunga dan katanya tak mahu berat-berat atau tak sarat. Malas pula nak guna labuci2... so akak buatkan simple 3d untuknya.. nah layan je...

simple je 3d nya... tapi nampak sweet kan? perasan je akak ni...

bunga tengah tu akak tambahkan dengan daun kudup....


ha.. inilah hasilnya .. simple dan tak sarat kan?

Sunday, June 9, 2013

Kristal Raffles

Assalamualaikum.. akak tak tahu nak bagi nama apa.. Hmm kristal raffles la ek sebab kristal dikelilingi oleh raffle.. Bunga yang warna pink putih tu di tengahnya kristal kenudian dijahitkan raffle di sekelilingnya.. Bunga yang oren purple tu pula macam bunga dahlia biasa tapi keliling kristal dijahit manik tiga serangkai...




Jentayu

Jentayu....  ni baju polos warna coklat cair kepunyaan bos akak....






Wednesday, June 5, 2013

3d.....

Assalamualaikum

hari ni akak nak share 3d. tengok betul2...layan je la 3d ni ek... guna teknik peyote pearl 3mm... nak buat kelopak tu ... guna formula 2,3,4,5,4,3,2,1...... tak faham? boleh rujuk buku Rosita Jaafar.. Manik 3d.. akak tengok kat buku tu je. Insya Allah boleh buat. Cuba la ye.... Ingat usaha tangga kejayaan.. akak pun nak belajar semua ni kena banyak latihan... (anak murid kat sekolah pun nak bagi pandai kita beri banyak latihan..so akak pun sama la juga kan?) kadang akak belajar melalui gambar.. dan memang akak banyak belajar melalui gambar.... yang penting fokus dan berfikir...  okay dik.. Selamat mencuba.....





Bunga Daffodil......

Assalamualaikum semua.. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.
 Kali ni akak nak share ala-ala shimmering flora + 3d....


Bunga dafodil dengan taburan pearl pada baju batik pemberian kakak... Terima kasih kak teh. Lain kali kalau ada kain sutera yang lama terperap tu bagi lagi ek.. sebagai gantinya akak jahitkan manik kat baju dia.. free aje...

Daunnya akan guna 3d... nak bagi nampak hidup.














ni masa lom siap.. mula nak tabur sikit-sikit je pearl.. pas tu tengok banyak lebih2 pearl,, akak tabur la lagi... saja nak bagi nampak sarat sikit.    Sebenarnya nak clearkan  stok  pearl tu.. Sorry la gambar tak clear... guna handphone je. 














yang ni pulak corak simple je.. kalau nak tempah dlm anggaran RM 40 ~ 60 je..
Corak cam gini senang nak buat tapi nak mula je susah sebab pening nak pilih colour yang sesuai...
apa pun... layan je la ek...  tengok tu yang sebelah lagi lom siap hahaha..


Friday, May 31, 2013

Salam perkenalan...

Assalamualaikum.
Buat first time Kak Maz nak share kan koleksi jahitan manik yang ada. Segan jugak sebab kak maz pun bukan pandai sangat pun bab-bab jahit manik ni. Tapi disebabkan kak maz suka tengok baju orang yang mengerlip2 dengan manik,, tu yang buat kak maz buat sendiri. Belajar? kebanyakannya belajar sendiri je. Explore je kat internet. Fokus mata betul2.. then buat.. jadi jugak. Terima kasihlah pada semua penyulam manik yang sudi sharekan pic mereka. Kalau dia orang tak sudi share dah tentu tak upload.. ye tak? Tapi kalau nak cepat faham.. kena ambil kelas juga... tak pe kita keluarkan duit untuk ke kelas.... ilmu yang dapat lebih mahal dari nilai wang ringgit sebenarnya.

Okaylah... untuk first entry.. kak maz share beberapa crumble.. kak maz tak pandai sangat nak padankan manik dan warna sebenarnya. tapi apa pun... kalau tak selalu buat,, bila pulak nak pandai.. Kan? so kena cuba lagi...

Ni my first crumble yang terhasil....


tengoklah.. warnanya akak malu-malu je nak guna yang contrast... baju sendiri takut over sangat. Maklumlah tak pernah nak sarat2 sangat maniknya.... apa pun suami akak suka sangat... "jimat duit aku..kata dia" yelah... buat sendiri..


baju ni mmg nak menangis buat... kawan kak maz minta tolong sangat.." buatlah esok aku nak, boleh? hmm.. satu malam akak pulun buat... berpinar mata dik oii...





yang ni pulak bajju akak le... guna teknik yang sifu Sheikh Azmi ajar tapi dah diubahsuai sikit...


Ha.... cukuplah tu dulu... nanti akak share yang lain pulak..